Kita Adalah Orang Berdosa
TUHAN sangat membenci orang yang berbuat dosa, tetapi Dia sangat 'mengasihi' orang yang berdosa.
Oleh kerana 'Kasih-Nya' kepada kita orang berdosa, maka Dia rela turun dari Kerajaan Syurga-Nya untuk mencari kita yang berdosa, agar kita di selamatkan.
Siapa yang mengatakan dirinya tidak pernah berbuat dosa, maka dia adalah pembohong besar dan membohongi dirinya sendiri.
Kebenaran tidak ada di dalamnya kerana dia menipu dirinya sendiri dan menipu orang lain.
"Jika kita berkata, bahawa kita tidak ada berbuat dosa, maka kita membuat Dia menjadi pendusta dan firman-Nya tidak ada di dalam kita."
(1 Yohanes 1: 10)
Setiap kita adalah orang yang berdosa, namun, kuasa dosa itu sudah dikalahkan oleh Tuhan Yesus Kristus, dan oleh kerana pengorbanan darah-Nya yang Kudus, maka kita manusia dapat ditebus-Nya dari dosa-dosa dan pelanggaran kita.
Kita percaya bahawa semua kutuk dosa kita sudah di tanggung Tuhan Yesus Kristus diatas Kayu Salib, sehingga kita yang percaya kepada-Nya, tidak lagi hidup di bawah kutuk dosa tapi beroleh Keselamatan Kasih Karunia-Nya.
Firman-Nya yang mengingatkan.
"Kerana semua orang telah berbuat dosa dan telah kehilangan kemuliaan Allah, dan oleh kasih karunia telah dibenarkan dengan cuma-cuma kerana penebusan dalam Kristus Yesus. Kristus Yesus telah ditentukan Allah menjadi jalan pendamaian kerana iman, dalam darah-Nya. Hal ini dibuat-Nya untuk menunjukkan keadilan-Nya, kerana Ia telah membiarkan dosa-dosa yang telah terjadi dahulu pada masa kesabaran-Nya."
(Roma 3: 23)
Tuhan Yesus Kristus adalah penyelamat kita dari segala dosa dan pelanggaran kita.
Jadi jangan pernah bangga dengan dosa-dosa yang kita perbuat, kerana ujungnya adalah maut.
Jangan keraskan hati kita, mari belajar hidup menjauh dari segala perbuatan dosa, sebab TUHAN menginginkan kita hidup di dalam pertaubatan.
Mari kita minta tuntunan Roh Kudus TUHAN agar kita kuat melawan perbuatan dosa, kerana tanpa tuntunan Roh Kudus TUHAN kita tidak akan kuat menghadapi dosa.
Orang yang hidup di dalam dosa akan mendapatkan imbalannya, tetapi orang benar takut akan berbuat dosa.
"Sebab upah dosa ialah maut; tetapi karunia Allah ialah hidup yang kekal dalam Kristus Yesus, Tuhan kita."
(Roma 6: 23)
Amin
Selamat pagi, selamat beraktifitas, dan selamat berkarya
TUHAN YESUS MEMBERKATI
0 Comments